Tanya pada hati apa sebab gundahNoor Deros
Nanti jawab hati rindu berserah
Tanya sama jasad apa sebab mahu
Nanti jawab jasad tanyalah nafsu
Nafsu nanti kata aku aku aku
Sampai ajal nanti aku tetap aku
Lihat pada alam ada tanda-tanda
Datang satu mahu kaburlah dia
Tanya pada akal apa tanda pandai
Adakah tandanya menentang badai?
Musafir berlayar hayat tiba pangkal
Sampai kampung asal kapal ditinggal
Tanya pada hati pernahkah merindu
Tiba masa lena apa mimpimu
lalat cari hina lebah cari madu
Rahsia dirimu pada mahumu
Tanya pada alam apa sebab ada
Nampak bayang bayang apa tandanya?
Pandang pada ufuk selami dirimu
Pasti kau tahu asal bayang itu
Sunday, March 11, 2012
tanya pada hati
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment